Tanggal 14 Ogos 2009 saya ke Saigon / Ho Chi Minh City. Perjalanan ke Saigon kali ini berbelah bagi kerana negara sedang kalut diserang H1N1. Alhamdulilah kami selamat mendarat di Airport Ho Chi Mint City dengan pesawat Air Asia. Kami disambut oleh wakil Travel disana dan terus di bawa ke Hotel Beautiful Saigon untuk menginap selama kami di sana. Saigon nama asal Ho Chi Minh. Setelah berehat kami makan malam di restoran masakan ala mamak. Setelah itu pulang ke hotel untuk merehatkan badan untuk memulakan lawatan pagi esok.Setelah sarapan pagi kami memulakan lawatan ke delta mekong. Dalam perjalanan ke sana kami singgah di Masjid Jamiul Islam di tengah bandar Saigon. Dikesempatan itu sempat berkenalan dengan tuan Imam masjid Hj.Mohd Zain yang mendapat pendidikan di Kelantan. Kebetulan pada ketika itu mereka sedang mengadakan program sambutan Maulid Nabi. Kami mencari makanan halal yang terdapat di gerai bahagian belakang masjid untuk bekalan dalam perjalanan ke delta mekong. Perjalanan ke Delta Mekong selama 3 jam merentasi pekan dan kampung di kiri kanan jalan. Uniknya rumah dan bangunan di sini ukuran lebar setiap rumah dan bangunan semuanya sama lebih kurang 20 kaki Mungkin dasar kerajaannya menghadkan ruang tanah bagi menampung rakyatnya yang ramai. Kami dibawa menyusuri Sungai Mekong dengan bot sewaan khas. Kawasan perkampungan dengan hasil kraf tangan dan industri kecil kami lawati. Pokok kelapa digunakan sepenuhnya oleh mereka. Dari pelepah dan tempurung dibuat kraf tangan. Isi kelapa pula diproses untuk dibuat coklat. Tenaga kerja terdiri dari kaum wanita. Kami sempat juga membeli buah tangan untuk dibawa pulang untuk anak dan isteri. Hari kedua kami melawat ke kem gerila veitkong. Di sini kami dibawa melawat sekitar kem gerila semasa berperang dengan Amerika. Mereka menggunakan terowong bawah tanah untuk menyerang tentera Amerika secara gerila. Hari ketiga kami melawat sekitar bandar Ho Chi Minh bandar motorsikal. Jalanraya dibandar ini dipenuhi dengan motorsikal dianggarkan ada 4 juta motor dibandar ini. Kemudian kami membeli barangan di bazar. Harga ditawarkan dalam dolar.Oleh itu kita kena bijak membuat pertukaran dengan nilai ringgit.Harga kain disini agak murah.Ramai wanita dari Malaysia datang ke sini semata-mata membeli kain sutera.Kami tidak ketinggalan juga turut membeli untuk buah tangan isteri dan anak-anak.Pada sebelah malamnya kami makan di Restoran Shamsudin . Taukenya seorang perempuan keturunnan Melayu Champa yang boleh bertutur bahasa melayu dailek petani..Kami rasa sangat seronok dapat menikmati masakan melayu yang sudah tiga hari tidak dirasai.
Khamis, 10 Jun 2010
Ziarah Vietnam

Langgan:
Ulasan (Atom)